~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME
Alhamdulillah pada 2/12/2012 selesai sudah majlis merisik. hasil pertemuan yang tak disangka di sunway lagoon pada julai 2012 telah membuahkan bibit cinta antara saya dan bakal suami iaitu Zulkifli Bin Mohammad Rum. walaupun perkenalan kami agak singkat tapi kerana kesefahaman antara saya dan dia alhamdulillah hasil perkenalan beberapa bulan dan restu oleh keluarga kedua belah pihak, kami mengambil keputusan utk hubungan kami lebih diberkati oleh Allah S.W.T dengan mengambil langkah utk membina masjid bersama.
Insyallah dengan izin Allah S.W.T kami akan melangsungkan majlis pertunangan pada 10/2/2012 Ahad di kediaman saya di Hutan Melintang perak.semoga majlis pertunangan nanti dipermudahkan segala urusan. warna tema?? setakat ni warna tema masih dalam perbincangan kedua belah pihak.
TERIMA KASIH BUAT SEMUA SAHABAT EJA DI FACEBOOK DAN BLOG (^_^)
mungkin ada yang beranggapan aku seperti air hujan yang kadang kala turun membasahi bumi dan kadangkala tidak.aku sedar setakat mana kemampuan aku dalam berblog.Tidak aktif seperti dulu itulah fitrah alam, umpama air laut adakalanya pasang adakalanya surut.cuma aku masih gembira dan tersenyum dimana ada juga ahli blogger yang masih mengikuti perkembangan blog aku dan ternanti kemunculan new entry aku seperti dulu, mungkin aku sudah berusia didalam dunia blogger ni 2008-2012. hehe Insyallah jika dipanjangkan umur dan ditambah idea serta ilmu pengetahuan aku akan update new entry, jika dulu blog la perkara pertama yg penting bila aku online, namun kini tidak lagi, ianya sekadar persinggahan tika diperlukan.namun aku tetap pembaca yang setia utk blog anda semua.
**selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak bulan depan..tak sabar nak tunggu..
saya harap "awak" mengerti apa yang ingin saya sampaikan kerana awak juga seorang blogger..antara kita sudah lama tiada apa2 kaitan..saya sudah mula melupakan diri awak dan cuba menerima insan lain sebagai ganti..saya harap awak pun begitu juga..
saya doakan awak berjaya dan berbahagia disamping keluarga dan orang yg tersayang..saya harap awak tolonglah doakan sy disini bahagia disamping keluarga saya dan ingatlah yang lepas biarkan ia sebagai kenangan, saya masih beranggapan saya dan awak sebagai kawan semoga ukhwah kita kekal.."awak" turutilah kemahuan dan pilihan ibu bapa awak kerana pilihan mereka lebih tepat.harus di ingat restu mak ayah penting,restu Allah s.w.t terletak pd restu mak ayah. saya doakan jika jodoh awak dan pilihan ibu bapa awak tu berpanjangan semoga perkahwinan akan dtg bahagia semoga awak dipertemukan bakal isteri yg solehah..saya dan kamu sudah tiada apa-apa.
**apa doa penawar hati?? selain berzikir..
entry yang ringkas je kali ni..nak tanya apa misi korang tahun ni?? Misi eja tahun ni semestinya bukan berkahwin kerana calon suami pun belum ada..hehe
Misi eja tahun ni adalah nak beli kereta..tapiiii oleh kerana wang tabung/simpanan belum mencukupi haruslah di postpone misi itu ke beberapa tahun yg akan datang..bukan murah tau nak beli kereta zaman la ni..deposit sahaja kalau tak ada 5k keatas jgn mimpilah nak pakai "Myvi" hehe bila dah ada kereta korang kena ada duit minyak tiap2 bulan dan jgn lupa kena saving utk duit service mana tahu tetiba roda empat korang tu buat hal kt tgh jalan..kena plk hujung bulan tak keharu korang kan..hehe
**apakan daya belum ada rezeki nak drive kereta sendiri lagi..jadi gunakan la kedua kaki yg diberikan Allah s.w.t untuk berjalan kaki dari rumah sewa ke tempat kerja..nasib baik 10min je dah sampai office (>_<)
terlalu banyak tips2 dan nasihat yg disampaikan ustaz..apa sempat eja take note adalah..ustaz ckp jodoh itu memang rahsia allah tetapi harus ikhtiar..sama juga dgn kerja dan apa jua yg kita mahukan..klu kita nak kerja kena isi borang,pergi interview dan mcm2 lg.begitu juga dgn jodoh..kalau lelaki senang la blh ngorat2 tp bagaimana dgn wanita..tak kan nak ngorat2 lelaki mereka kena jaga adab dan kesopanan sebagai wanita.apa yg terbaik buat mereka adalah ihktiar melalui doa,solat istikharah dan tawakal..Jodoh umpama menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.ada org jodohnya lambat sebab jambatanya panjang.. Usia 23 tahun rasanya belumlah terlalu lewat..(bah kata ustaz hehe) itulah sedikit point yg eja dpt..
SUKA PEPATAH NI: "Kadang2-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”























.jpg)


























