I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

AKU DIPAKSA KAWIN III

Posted 7:46 AM by EJA in


TERPULANG KALAU NAK BACA, BACALAH..

Tidak tahu bagaimana ingin memulakan dan bagaimana ingin mengakhirkan nya.. tidak tahu di mana silap diantara perhubungan kita.. mungkin sudah takdir illahi.. benar kata pujangga “cinta itu tidak semestinya memiliki” dan “ cinta pertama tidak akan berakhir dgn perkahwinan” sedih apabila memikirkan kita sekarang saling berjauhan..tak rapat seperti dahulu, satu institusi pengajian yang sama.sekarang kita masing2 ingin memulakan kehidupan. Hanya berbekalkan mesej (mms) mengikat perhubungan antara aku dan kamu.

Aku berharap engkau menjadi kekasih ku, rupanya aku bermimpi di siang hari..entah mengapa aku rasakan keadaan benar2 menghimpit aku, tamat pengajian sudah, ingin memulakan langkah sebagai seorang pekerja. Ingin menstabilkan kehidupan dan membahagiakan org tua. Kerana ingin “ membahagiakan orang tua” lah ku turuti kemahuan mereka walaupun perit utk aku tempuh dan aku telan.mengapa ini terjadi..mungkin suratan hidupku sudah tertulis sebegini.

Aku redha.. “ redha” perkataan yg penuh maksud tersirat didalamnya..benarkah engkau redha? Benarkah kau sanggup berkorban? Jangan hanya sanggup meluahkan dibibir saja tapi bagaimana dengan hati mu,adakah kamu ikhlas? Kata2 inilah yg selalu bermain diminda aku.telah bermacam cara aku lakukan, solat hajat, istiqarah dan berdoa pun sudah namun knp hati ini masih tidak tenteram..hanya allah yang tahu..ya allah bantu la aku..

Kadangkala aku meminta agar diri mu menjauhi diriku dan saban hari aku selalu ingin menjauhkn diri dari mu..supaya aku boleh membuka pintu hati ku dan belajar mencintai orang lain..tapi aku tak boleh menipu diri aku sendiri semakin aku ingin melupakan diri mu dan kenangan bersama kamu, semakin kuat dan semakin dekat ingatan ku padamu..apa yang harus aku lakukan sekarang?..aku benar2 memohon pada kamu tolongla jujur pada diriku, apakah engkau mencintai aku atau sekadar teman istimewa? Aku benar2 sangsi dengan jawapan yg kau berikan tempoh hari..

** aku berharap engkau benar2 mengerti dan memahami coretan aku ini..diam membisu mu itu benar2 membunuh aku.

aku dipaksa kawin I
aku dipaksa kawin II






6 comment(s) to... “AKU DIPAKSA KAWIN III”

6 comments:

Menusuk Hati said...

hm..memang berat juga nak tanggung benda yg d paksa2 ni..



Adi Zhaf said...

emm berat ati bile terpakse =(



syuxer said...

dipaksa pun kadang2 ada hikmahnya yang tersembunyi..x kan Allah s.w.t nak atur suatu yang buruk untuk kita..kalau ye pun..mungkin untuk menguji keimanan kita..



EJA said...

menusuk hati: ermm tula beratkan sbb melibatkan soal hati dan perasaan..



EJA said...

adi zhaf: mgg berat hati sbb perkahwinan kan sesuatu yg berat krn kena tanggungjawab yg besar kan..hehe



EJA said...

syuxer: iyela mgkn btl kata awak tu..ada hikmahnya..mgkn bercinta selepas kawen lbh seronok dari bercinta sblm kawen..kan btl x..hehee