I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

penting x sah maka solat pun x sah !!!!!!!!!

Posted 9:34 PM by EJA in
alhamdulillah diberi kesempatan lagi buat eja menghadap laptop ni dan menghupdate blog..emm datang umah untuk mengemas dan membersihkan umah eja yg dah bersarang ni..hehe lama x update blog baru la merasai nikmat ketagih online ni.. ushhhh rasa gelisah tu setiap malam jari jemari rasa gatai semacam tu klu x update blog,berfacebook dan berformspring..hehe BAHAYA2

hari ni eja nakbuat entry pasal satu tajuk ni..setelah menonton al-kuliyyah tempoh hari ustaz farid ravi ada bagitahu berapa ramai umat islam kini yang x sah solat nya akibat x sah mandi wajid yg dilakukannya..ushh terkasima eja sebentar..biaq betul..bahaya ni melibatkan amal ibadah yg kita kerja kan..setahu eja manjiwajib  itu yang penting niat,membersihkan diri dari segala kekotoran dan meratakan air keseluruh anggota badan..haaaa mari kita sama2 cek adakah mandi wajib yang kita lakukan selama ini benar dan betul mengikut tertibnya??

Cara mandi wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)


Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

1.Membaca bismillah sambil berniat(bhs arab @melayu)"sahaja aku mandi wajib untuk mengangkat hadas besar lillah kerana allah ta'ala .

2.Membasuh tangan sebanyak 3 kali.

3.Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4.Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.

5.Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6.Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.

7.Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah  kanan dari atas sampai ke bawah.

8.Menjirus air disebelah  kiri  badan dari atas sampai ke bawah.

9.Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.

10.Membasuh kaki.

Jika anda mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w

**OK DAH FAHAM SEMUA MURID2 SELAMAT BERAMAL


2 comment(s) to... “penting x sah maka solat pun x sah !!!!!!!!!”

2 comments:

rara pinkmafia said...

hmm faham2,rara pon kdg2 takut gak,but kite kena yakin kan.



EJA said...

rara: betul tu dah faham dah..amboi cepat anak murid cikgu belajar..hehe