I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

bercinta sebelum kawin VS bercinta selepas kawin

Posted 10:00 PM by EJA in
Tetiba pulak teringin ada idea plk nk wat entry tajuk ni. kalau siapa yg pembaca setia sama ada silent reader blog eja tu mst perasaan eja ada wat beberapa tajuk mengenai pendapat tentang perkawinan ni..heheheh ni entrynya.. berkahwin muda selepas belajar VS semasa belajar

Apa pendapat kamu semua?masing2 pasti ada pendapat dan pandangan masing2 kan?Ada jugak ideologi2 yang berbeza2 yang bakal mendukung pandangan2 korang kan?


Kalau mengikut Islam adalah haram BERCINTA sebelum berkahwin dan jika tidak mempunyai ikatan yang sah ;) Tapi Islam tidak melarang bukan untuk mengenali terlebih dahulu calon2 isteri atau suami kamu.

Pada pendapat eja pula,ini hanyalah pendapat eja yang kerdil dan bukan bijak pandai dunia,jadi jika ada yang tercacat cela,harap maaflah ya.Nama pun pendapat kan,tak semestinya betul dan tak semestinya salah ;) Pada eja kedua2 nya punyai kelemahan dan risiko nya.

BERCINTA SEBELUM KAHWIN

Keburukan: Dikhuatiri akan melebihi batas2 agama,berlakunya maksiat,fitnah dan pandangan tak elok daripada pihak lain,menjadi bahan umpatan,mungkin juga akan terjadi nya Zina,tidak kira zina kecil atau zina besar hingga terhasilnya anak haram,ditipu dan ditingalkan putus ditengah jalan.Jadi jangan la bercinta terlalu lama (Kalau dah berkenan bawakla jumpa ayah dan mama.ehehehe)

Kebaikan: Dapat mengenali hati budi serba sedikit,kenal dengan siapa kita bakal hidup bersama sepanjang hayat,tau keburukan dan kebaikan pasangan walaupun tidak sepenuhnya,tau apa yang pasangan kita suka dan tak suka,mengenali ahli keluarga pasangan dan lain2.

BERCINTA SELEPAS KAHWIN


Keburukan: Baru nak mengenali pasangan kita tu daripada zero.Baru nak tau apa yang dia tak suka.Macam mana kalau si pasangan itu panas baran ke?Kita buat benda yang dia tak suka ke?Terus dia mengamuk terus bercerai berai.Masalah jugak tu.Lagi yang parah dibuatnya dah kahwin baru nak tau si pasangan ni penagih dadah tak pun suka dengan kaum sejenis?Tak ke naya tuuuuu...lebih2 lagi kalau pasangan pilihan ibu bapa.Bukan nak salahkan yang memilih,tapi manusia zaman sekarang pandai berlakon dan berpura2 lebih2 lagi depan orang tua.(tapi selalu nya pasangan yg dipilih oleh ibu bapa ni org yg betul,iyela dah kena testing dulu dgn mak bapak kita)


Kebaikan: Hubungan yang dihalalkan oleh ALLAH dan diredhai, hubungan yang halal ini lebih nikmat untuk dirasai, berada pada landasan Islam, hidup lebih diberkati dan kasih sayang juga semakin erat. hubungan yg baru nak kenal hati budi masing2,x la jemu kan? baru rasa nak bercinta,(macam cerita nur kasih..nur amina dan adam)hehehe

Seperti yang kita semua tahu kedua2 nya ada pro dan kontra nya kan?Cuma cara kita nak menangani nya.Setiap perkara ada batas2 nya.Kenapa kita tak ikut je kan?Pada zaman sekarang lebih elok kita mengenali dulu serba sedikit tentang bakal pasangan kita,kerana manusia zaman sekarang tidak sama macam zaman tok nenek kita.Kalau dah jadi suami atau isteri kita baru nak menyesal,tak berguna jugak kan?Mungkin lebih elok berkawan dahulu sebelum kahwin kenal dulu hati budi dan betul2 BERCINTA selepas sah menjadi suami isteri.

**Ini adalah pendapat eja je... nama pun pendapat mst macam2 kan?soo apa pendapat korang tolong komen sikit please (~_*)


12 comment(s) to... “bercinta sebelum kawin VS bercinta selepas kawin”

12 comments:

bunga said...

bunga lebih suka bercinta lepas kawin..:) sbb iman xkuat lagi ni nakbercinta sblm kawin..hakhaka



EJA said...

bunga: oh mcm tu ke..emm setuju dgn bunga iyelah iman kita ni sekejap tinggi sekejap berkurang..heheh masih bg pandangan syg bunga ;)



fyna said...

teringin nak bercinta pas kawen...
;)
dua2 tue ade baek n buruknye kan...





jom singgah n follow belog fyna.



EJA said...

fyna: oh yeke teringin ye.. hehe rasa macam cinta islamik kan klu bercinta pas kawen ni.. best je rasanyer..ok ti eja follow ye :)



ubi said...

bercinta kita sebelum perasaan cinta tu hilang..

hidup hanye sekejap..hehe

islam menagungkan wanita dan perasaan manusia~klu x silap la..



Ina said...

Thanks..sudi follow...pendapat akak sama la mcm bunga cakap tu..kalau iman tu kuat boleh ja bercinta sebelum kahwin...kena ada batas2nya la...



EJA said...

ubi: bercinta kita..hehe ermm betul yg awak ckp tu.. x salah pun bertuah eja jadi wanita :D



EJA said...

ina: ohh mcm tu ke kak..nak rasa jgk la bercinta pas kawen ni..hehe



Sarkasiz said...

dua-dua tak salah, yg penting kene pandai jaga diri. bercinta sblm kawen adalah indah pada pndangn anak muda tapi lebih menjurus ke arah maksiat jika x pandai jaga adab/batas.



EJA said...

sarkasiz: haah la ramai bdk2 zaman skg membuktikan cinta cintun diaorg dgn berkapel kan? patutnya buktikan cinta tu dgn angkat nikah..salam dulu tgn tok kadi baru blh pgg tgn pasangan kita..kan..hehehe



Azlina ishAk said...

xde istilah couple seblm kahwin dlm islam...
~yg penting yakin dgn jodoh yg Allah tentukan..
~sentiase memperbaiki diri sendiri..means day by day we become a better person
~ br la bertepatan dgn stat.ement..'lelaki yg baek utk perempuan yg baek,begtula sebliknye..'

=)



EJA said...

azlina: saya setuju dgn pandangan awak..semoga kita bertemu jodoh yg terbaik :)