I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

kekasih ku adalah orang utara

Posted 8:30 AM by EJA in
hari ni update satu lagi entry.. boleh?? rajin update sbb idea ada dan kebosan melampau malam ni..aktiviti penuh plk harini, pagi2 sudah berjoging di taman paramount dapat dua round cukup la itu pun semput rasanya nak sampai rumah, mungkin lemak tebu sudah bertambah kot..hehe petang hari pula merajin kan diri pergi jalan tar dan masjid jamek with my twin punca nya nak cari persiapan barang tunang..aduii ada je yg tak cukup..

malam hari pula lepas solat isyak aktiviti sy suka buka youtube, bukan dgr lagu atau tgk cerita tp buka youtube kekasih saya..(oppss klu nampak owner dia habis kena saman penulis blog nanti..hehe) penulis blog suka dgr cara ustaz menyampaikan ceramah mmg berkaliber,style,direct dan ringkas tapi padat, disebabkan TV dirumah sewa tak dapat chanel TV al hijrah sbb tu penulis blog dapat dgr ceramah beliau melalui youtube sahaja..sedih kan..tak apalah tuntut lah ilmu sebagaimana cara pun janji tak melampaui  batas agama.


nak tahu siapa yang saya maksudkan..sedikit Biodata tentang si "Dia"



BIODATA USTAZ DON DANIYAL


Nama: Don Daniyal Don Biyajid

Nama Panggilan : Ustaz Don

Tarikh lahir: 14 November 1984

Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tinggi: 171 sentimeter

Berat: 56 kilogram

Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)

Status: Bujang (ehem2 tapi dengar2 cerita sudah bertunang..aishh terlambat sudah..hehe)

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)

Blogger Yang Diminati: Diari ku coretan ku disini [Pergh statement.... kalau la betul apa salahnya....hehe]
Itulah sedikit sebanyak biodata Ustaz Don.... Cara penyampaian Ustaz Don ada kelainan.... Bagi sesiapa yang suka penyampaian yang lebih direct dan santai...Boleh la mendengar celoteh dari Ustaz Don ni... Ni satu video dari Ustaz Don... Semoga kusyuk mendengar dan menonton video ni..penulis blog dengar video ni menitis air mata..ek2 dgr dulu bukan kt luar menitis air mata dalam hati..biasalah dalam hati ada taman tasik titiwangsa. hehe :)




p/s penulis blog : hayati dan renungkan lah wahai anak semua.. ek2 tarikh lahir Ustaz Don samalah pulak dgn penulis blog bulan November..heheh






4 comment(s) to... “kekasih ku adalah orang utara”

4 comments:

Anonymous said...

ustaz ni saudara kepada kawan baik saya :)



Muhammad Naim Abdullah said...

salam

ustad ini best.



EJA said...

ayuyuuu: oh yeke pernah jumpa ustaz Don secara live tak? rasa nak jumpa ustaz don nak dgr ceramah dia secara live :)



EJA said...

naim: waalaikumsalam iye betul tu walaupun tak follow kt tv al hijrah just tgk kt youtube tp tahu dah cara dia sampai ceramah tu mmg best..direct x ada kias2