I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

wahai jejaka gagah perkasa..

Posted 8:30 AM by EJA in
macam kebiasaan nya hari ini aku keluar rumah awal tepat jam 7.15pagi.setiba nya di stesen lrt tren putra pun sampai.. masuk je dalam tren alahai ramainya orang biasa la hari bekerja mmg full tempat duduk mesti la dah penuh, lalu ku berdiri bersandar ditepi tiang berhampiran dgn pintu tren. bila selesa aku melabuhkan badan bersandar di tiang aku terlihat jejaka yg berdiri bersandar berhadapan dgn aku dan merenung tajam kearah aku..

kulit nya yg sawa matang, tinggi lampai dan badan nya agak tegap sambil membawa beg galas..tapi aku pelik kenapa lelaki ni asyik pandang kearah aku tanpa menundukkan pandangan nya atau mengalihkan pandangan nya ke kanan atau kekiri..hampir 20minit dia memandang kearah aku membuat aku mula tidak selesa berdiri disitu..dalam hati mula la nak marah dan terfikir apa yg tak kena dgn aku, cara aku berpakaian ke, rasanya ok je tak menjolok mata pun.tudung aku tak betul ke, rasanya ok je x senget pun..

uhhh cepatla sampai kat masjid jamek (mengeluh ku didalam hati) setelah 10 stesen aku lalui berhadapan dgn seorang lelaki yg tak jemu-jemu memandang ke arah aku, akhirnya tiba juga di stesen lrt masjid jamek.aku pun bergegas-gegas mahu keluar mahu melarikan diri dari lelaki tu..tiba-tiba dalam kesesakan nak keluar sempat juga aku menoleh kebelakang memandang lelaki tu..tiba2 aku terlihat dia meraba2 beg galasnya lalu mengeluarkan "tongkat" masyaallah.. subhanallah mengucap didalam hati aku rasa serba salah yg teramat sangat pada lelaki yang ku anggap gatal dan mata keranjang tadi..rupa2nya lelaki itu adalah insan yg dilahirkan istimewa..patutla dia memandang kehadapan sahaja tanpa toleh kiri dan kanan rupanya dia "cacat penglihatan / buta"

p/s  penulis blog: jangan lah cepat berprasangka buruk terhadap seseorang siasat dulu.. kepada jejaka yg gagah perkasa walaupun buta saya benar2 memohon sejuta kemaafan sbb dah tersalah sangka, tak sempat tadi nak minta maaf sebab ramai orang, mujur lah ada seorang abang td memimpin dia waktu berjalan..semoga allah pertemukan saya dan si dia utk sy memohon maaf padanya "amin" 


10 comment(s) to... “wahai jejaka gagah perkasa..”

10 comments:

Siha. said...

buta rupanya. hehe.. ingat apa laa :D



Udinz.com said...

kesiannya pakcik tu...
awak dah ban dia awal2 lagi..hehe



Ain Dzaya said...

tak baik taw..cepat minta maaf dgn pak cik tu..ehhee


Confession bakat terpendam seorang blogger sempena hari jadi beliau♥.



EJA said...

udinz.com: bukan pak cik la..abang kot sebab macam muda lagi..tulah kesian dia..betul kata awak tu en udin salah eja sbb ban dia awal2..hehe



EJA said...

ain: tu la tahu tak baik tp mcmne nak minta maaf tak jumpa dah abg tu kat masjid jamek :(



Bulan Syurga Firdausi said...

Allahuakbar....peringatan utk sy jgk....



EJA said...

siha: haah jejaka tu rupa..tajuk tu gimik jer..heheh



EJA said...

bulan syurga firdaus: sesungguhnya apa2 pn terjadi ada hikmahnya..peringatan buat sy dan semua :)



Pencari ALLAH said...

Waspadalah selalu. Tak mustahil semua orang diuji yang sama. :)



EJA said...

pencari allah: syuqran jazilan..insyallah :)