I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

Tak kenal maka tak cinta, Nak cinta kenalah kenal

Posted 10:23 AM by EJA in
assalamualaikum harap semua sihat2 belaka ye(amboi mcm YB masuk kpg la plk), hari ini baru masuk kedalam rumah(blog) kemas2, sapu2 sikit nampak mcm dah berhabuk je..bukan tak nak masuk kemas sebelum ni,bila online lalu lalang je dpn rumah, haa ni cuti lama 5hari dari sabtu - rabu la ni baru ada masa nak update new entery maklumlah kalau balik kpg masa 24jam harus dihabiskan bersama keluarga.seronok rasanya dapat bercuti lama bersama keluarga..sebab tu kesannya liat sgt nak balik KL, alhamdulillah bertambah sorang lagi ahli baru keluarga wak jono, jumaat lepas kakak eja baru selamat melahirkan seorang bayi lelaki (namanya adam rezky) anak sedara sudah 2hero dan 2heroin akan dtg otw seorg lagi..hehe

bila dikampung jarang benar on9 dapat on9 sekejap on off je knp sbb kpg saya susah sikit nak dpt coverage celcom..jadi bila ada  kelapangan waktu saya mula habiskan waktu dgn membaca buku, buku apa yg dibaca?? buku  "Riwayat Hidup Nabi Muhammad Saw" nak tahu siapa penulisnya, "Muhammad Abdul wahhab" walaupun buku ini tidak lah setebal mana dan harga nya bukan mencecah ratusan ringgit namun bagi saya, saya puas membaca buku ini walaupun tidak sedetail mana kisah hidup nabi yg diceritakan hanya sekadar asas/basic riwayat hidup nabi muhammad saw, atleast saya dapat juga tahu latar belakang,cerita ttg baginda, isteri2 baginda dan anak2 baginda sehinggalah baginda wafat.

tak lama lagi kita akan menyambut maulidur rasul kan..bah kata pepatah  "tak kenal maka tak cinta" walaupun kita tak dapat hidup sezaman dgn baginda, walaupun kita tak pernah jumpa dan melihat baginda tetapi ingatlah baginda tinggalkan dua perkara buat kita umatnya pertama al-quran yg kedua as-sunnah. sedangkan nabi tika wafat menyebut "ummati" berulangkali makna nya nabi ingatkan ttg kita umatnya,sedangkan kita umatnya belum tentu mengingati baginda.

p/s penulis blog: jangan hanya dibibir mengungkapkan idola saya nabi muhammad saw,walhal kita tak kenal bahkan tak tahu riwayat kisah hidup baginda. selain dr mendengar ceramah agama, ilmu agama itu juga blh diperolehi melalui bacaan,(saya pun sedang mencari buku ttg riwayat  kisah nabi kita yang lain)


4 comment(s) to... “Tak kenal maka tak cinta, Nak cinta kenalah kenal”

4 comments:

Atiqah Wadiah said...

Rasulullah selalu m'ingati umatnya..tp umatnya?
peringatan utk diri sndr jgk :)



EJA said...

atiqah: betul tu..kdg kala rasa diri terlalu jauh dgn sunnah baginda..xpelah iman selalu turun naik..jadikan ia sebagai iktibar bersama :)



Anonymous said...

terima kasih utk komen saudari di blog.

entry yg baik utk dikongsi :)



EJA said...

terima kasih juga buat saudari ayuyuu :)