I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

Adakah blog yang serius itu best?

Posted 11:35 AM by EJA in
Eja cuba mendalami apakah maksud blog yang serius ini. Adakah betul blog yang serius adalah blog yang best dan paling best. Maksud perkataan serius atau serious dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut:-


serious

adjective

of grave or somber disposition, character, or manner: a serious occasion; a serious man.being in earnest; sincere; not trifling: His interest was serious.requiring thought, concentration, or application: serious reading; a serious task.


Kamus Dewan Edisi Empat

sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main: ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara bernas. Kalau dalam aspek blog adalah blog yang betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi dalam memberi fakta yang tepat dan boleh dipercayai.

Pada pendapat Eja blog yang serius adalah blog yang mempunyai ciri-ciri berikut:-


1. Blog yang best untuk di baca

Yang pertama sudah tentu isi dan huraian yang menarik dan berkualiti adalah blog yang best untuk di baca. Kalau kita baca blog yang menarik dari segi susun atur blog dengan grafik yang menarik dan simple. Blog yang best mempunyai padanan warna yang tidak menyakitkan mata. Layout yang menarik, simple dan tidak penuh dengan widget.

2. Tajuk blog yang best

Tajuk yang menarik akan menarik pembaca membaca blog kita. Tajuk janganlah terlalu pendek. Sebaiknya 40 huruf yang selalu disarankan oleh sesetgh buku-buku yang pernah Eja baca.

3. Entry blog yang best
Entry yang berkualiti dan yang paling penting sekali ASLI akan menarik minat ramai membaca. banyak komen adalah petanda baik bahawa entry menarik kita menarik. Gaya penulisan author blog yang simple dan bersahaja. Biasanya dalam nada bercakap atau bahasa mudah kita berkomunikasi.

Gaya penulisan yang bersahaja, kemas, stright to the point dan mempunyai huraian yang lengkap. Author yang friendly dan tak berlagak. Gambar-gambar yang diletakkan mestilah kena dengan tajuk pada entry. Akhir sekali blog yang best memberi keseronokan kepada pelawat blog mereka. Paling penting adalah bukan dibuat – buat tetapi ikhlas.

4. Nama-nama blog yang best

contoh nama blog yang best ramai juga yang setelah Eja baca dalam beberapa blog Eja dapati blog yang best tidak semestinya serius. Blog ada peminat masing masing. Ciri-ciri blog yang best adalah blog yang boleh menarik minat pembaca untuk berkunjung kali ke dua.


***Eja nak tahu apakah pendapat anda dengan blog yang serius? Sila bagi komen dibawah. Terima kasih.


14 comment(s) to... “Adakah blog yang serius itu best?”

14 comments:

Unknown said...

blog ceq serius.

betui. serius ni.

hahaha =)



cintailmu89 said...

blog yg serius kebanyakan nya blog2 ilmiah..
tapi ada juga penulis yg menyampaikan ilmu dalam nada bersahaja..
itula.. setiap penulis ada cara masing2 yang menambah warna dalam dunia penulisan blog..
(^_^)



ct kektus said...

kite rasa blog serius yg ala2 skema tu ha. hehehe ;)



EJA said...

iz: iye btl tu apa yg awak katakan blog ilmiah kdg2 kala penulisannnya agak serius..

hurm bg eja blg yg bersahaja dan setiap entry yg dikeluarkan itu bermanfaat,blog mcm tu la ramai pembaca dan peminatnya..kan..



EJA said...

siti:blog yg serius ala skema??hehe mstla kena skema sbb mereka akan keluarkan sesuatu entry mengikut rule dan penulisan mereka tidak terlalu over :)



kindergartenlibrary said...

serius itu ada maknanya .
kalau blog dia serius , kena ingt , kualiti entry yang dia nak sampaikan berguna atau tidak ~



EJA said...

nelly:iye sudah tentu blog yg serius akn mengeluarkan entry yg berguna..

bgs jgk blog yg serius ni kn nelly..



Unknown said...

blog serius..?? blog to'wan kot salah sorang..hehe :D

bagi to'wan,blog yang serius ialah sebuah blog yg CAN GIVE GOOD IMPACTs to the readers.. tidak kisah bagaimana cara penyampaiannya,yg penting pembaca yg membaca akan terkesan dgn penulisannya itu (entri yg berkualiti) ..;)



EJA said...

to'wan: esh tak la blog towan tak serius tetapi berkualiti..entry2 semua bermafaat utk pembaca..

mungkin yang dua blog terbaru towan tu serius kot..sbb blog berbentuk ilmiah..tapi eja suka dtg blog towan tau :)



caer sasuke said...

paling penting mesej yg nak disampaikan tu smpai pd pembaca..=)



EJA said...

mohd sasuke: iye setuju! yg penting setiap entry dan msg yg disampaikan pembaca faham :)



Pondok Usang said...

yg penting buatkan org lain gumbira baca entry kita.. =)



EJA said...

pondok usang:iya betul tu..yang penting org suka dan faham apa yg kita sampaikan..


awak gumbira tak dgn entry eja?heheeh



EJA said...

nub: yeke blog awak serius??? wah knp serius sgt ni..heheh