Hai hari ni eja nak bercerita sikit pasal “DIAM” apa itu diam,peribahasa melayu ada menyebut “diam2 ubi berisi”, “diam2 besi berkarat”. Maknanya diam org berilmu itu berfikir, sementara diam org bodoh itu sia2 sahaja. Ada banyak perkara menyebabkan kita berdiam atau mengambil langkah berdiamkan dirikan? Dan banyak ketegori diam sebenarnya..
1. Diam semula jadi
Contoh seorg pemuda menyapa seorg gadis didlm bas. Si pemuda pun bertanya nama apa, nk kemana, sudah berpunya ke belum,namun gadis tu hanya tersenyum.si pemuda pun mendesak akhirnya gadis itu bersuara agak kuat tapi x jelas. Rupanya gadis itu seorang bisu. Itulah diam yang semula jadi.hehe
2. Diam terpaksa
Zaman eja kecil2 dulu apabila mak ayah duk bercakap dgn org yg lebih tua, eja disuruh diam krn x blh menyampuk org tua bercakap, klu ikutkan hati memang eja rasa nak menyampuk krn ada sesuatu ingin dikatakan tapi tegahan mak tadi membuatkan eja akur`berdiam diri. Korang pun mesti rasa menda yg sama mcm eja kan?
3. Diam bodoh
Haa menda ni biasa dan selalu berlaku di dalam kelas baik dulu masa sekolah sampai la dah kt IPTA. Klu cikgu beri penerangan dan apabila cikgu Tanya “faham semua?”, namun semuanya diam tanpa sebarang jawapan. Inilah diam bodoh namanya..hehe
4. Diam malas
Eja selalu mengalami keadaan ini dimana banyak idea tapi kadang kala malas untuk luahkan sebab malas untuk di pertanggungjawabkan diatas idea kita tu..esh2 itulah sikap negative eja..jgn ikut tau..
5. Diam marah
Diam marah ni ada baik dan buruknya. Jika ada berlaku perbalahan @ pertengkaran diam itu lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan. Pesanan ni khas buat pasangan yang sedang bercinta..heheh
6. Diam merajuk
Diam ni selalu dikaitkan dgn org perempuan sbb org perempuan je yang suka merajuk dan suka di pujuk..bagi eja pula eja x suka merajuk dan eja juga x suka memujuk sbb eja bab pujuk memujuk ni mgg low la..x pandai x tahu skill nak pujuk org ni..harap2 dapat pasangan yg x kaki merajuk..
7. Diam khianat
Diam ni selalu berlaku pada pasangan yg sedang bercinta. Kadang kala bila ada misunderstanding diantara kedua2 pihak, contoh si perempuan ternampak si kekasihnya keluar dgn wanita lain bila di minta lelaki tu memberikan penjelasan,lelaki tu berdiam kan diri, tu nama nya diam khianat dlm percintaan.blh berlaku juga dalam persahabatan.
8. Diam sombong
Ramai yang eja jumpa orang yg mempunyai sifat ini. Diam sombong kadangkala kita senyum pun x dibalas, rugi tau sikap sombong ni, ramai org x suka.lebih2 lagi jika anda ditimpa masalah ramai yg x mau tolong.jangan tinggi diri dan bersikap sombong.
“ Diam” itu adakalanya baik dan ada kalanya tidak , biarla bertempat tapi amat peritkan jika kita berdiam diri dan menyeksa diri dari meluahkan apa yg terbuku dihati.
6 comment(s) to... “DIAM ADA MAKNA”
6 comments:
diam itu kadang lebih baik dari berkata sesuatu yang sia2..
hehe..*saya suke sangat bercakap..
<--cam takde kategori ~
aizudddin: iye diam itu lbh baik kadang2 tapi x elok di amalkan selalu sbb klu diam org x tahu perangai kita lagu mana..kan?
** saya pun seorang yg byk bercakap..hehehe
nelly: x kan x da ada.. mst ada tp x pasan ni..hehee ce cek btl2
CIK EJA,
GUD LUCK YA JOB HUNTING....
msred: tq for your pray :)
Post a Comment