SOALAN PANTUN TEKA TEKI
1/ Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana
Binatang apa ekor di kepala?
2/ Jikalau awak tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau awak bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut?
3/ Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?
4/ Diukur dijangka-jangka,
Burung merak burung angkasa,
Dengar tuan saya meneka,
Layang-layang gagah perkasa?
5/ Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?
haaa sudah baca.. jadi tahu kah jawapannya? kalau tahu sila la jawap.. jawapan tak perlu dlm pantun. heheh
1/ Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana
Binatang apa ekor di kepala?
2/ Jikalau awak tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau awak bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut?
3/ Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?
4/ Diukur dijangka-jangka,
Burung merak burung angkasa,
Dengar tuan saya meneka,
Layang-layang gagah perkasa?
5/ Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?
haaa sudah baca.. jadi tahu kah jawapannya? kalau tahu sila la jawap.. jawapan tak perlu dlm pantun. heheh
4 comment(s) to... “Kalau pandai sila la JAWAB”
4 comments:
1) Gajah
2) Ayam Jantan
3) Ikan pari
4) Kapal terbang
5) Hujan
hehe..tul x ni?
aizuddin: ok 1 betul no 2 salah no blh diterima no 4 betul no 5 salah.. cepat2 fikir jawapan lain..hehe betul kan mana yang salah tu.. :D
no 5 tu, apa yg naik tak pernah turun. hrmmm, umur kita la kot. hehe
akmal: alhamdulillah akmal dah berjaya menjawap dengan betul dan sekali gus menutup soalan teka teki ni.. hehe tq iye jawapanye umur/usia kita.. semakin hari semakin bertambah isi lah kehidupan kita dgn menda yg bermanfaat betul x?
Post a Comment