Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang."Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."
Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang 'frust' dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain.
**bunuh diri bukan la jalan penyelesaiannya..sebaliknya amalkan la doa ini Ya Allah Ya Tuhanku,andainya dia tu baik untuk aku,demi duniaku dan akhiratku, maka mudahkanlah percintaan kami dan jodohkanlah kami berdua, andainya dia itu tidak baik untuk aku, demi duniaku dan akhiratku, maka engkau patahkanlah hatiku terhadapnya dan pisahkanlah kami berdua dengan cara yang yang baikPutus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
28 comment(s) to... “"FRUST" Dalam Bercinta”
28 comments:
Betul tu kak eja bunuh diri bukan jalan penyelesaian bagi orang yg putus cinta.
Mungkin kita rasa orang itu yang terbaik buat kita tapi Allah itu lebih Maha Mengetahui. Mungkin Allah akan memberi yang baik dulu sebelum memberi yang lebih baik kepada kita. Insya Allah.
Berdoalah semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mecari penyelesaian dalam sesuatu masaalah dengan membunuh diri.
a ah eja..
even zima pnah rasa mcm ni pun tak tergamak nk bunuh diri..
anggap lah ujian Allah tu untuk menguatkan iman hamba Nya..
semoga kita semua tanagh harungi ujian Allah :)
tiqah: betul tu semoga allah melindungi kita..eshh nauuzubillah
ziema: tabah kan hati mu.. eja tahu eja faham perasaan dan apa yg ziema sdg lalui sekarang..ingat segala tgn allah mohon la petunjuk rajin buat solat istiqharah ye..amal kan doa eja bg tu :)
betul2,
cinta itu sendiri adalh satu anugerah yang membawa kebaikan..
kalau sampai fikir nak bunuh diri tu.. maknanya, masih belum kenal cinta yang sebenarnya..
hmm~
belajr untuk mencintai Pencipta CINTA seblum mencintai yg lain..
Cinta itu satu fitrah.. Usah dicemar dengan noda dosa kepada Pencipta...
nutussalwa betul tu kata saudari.. cintai allah baru cintai manusia..ingat cinta allah melebihi segala2 nya syuqran jazilan saudari sudi dtg follow dan komen..nanti eja singgah blog saudari ye :)
towan: betul tu towan x tau la eja dgn budak sekarang ni..eshh terlalu ikut kan nafsu..cuba towan nasihat sikit depa tu towan..hehehe
>>eja : takat nak nasihat tu boleh, tapi hidayah tu milik Allah.. :)
towan: betul tu kdg2 susah kita nak membentuk org ni..hanya yg peroleh hidayah sahaja blh berubah kan towan?
posting yang menarik..
saya sudah follo tu...makasih ya mbak..
Jangan frust2...nanti tak leh dapat anak kembar...hehehehehehe
nape suka berbicara tentang cinta?
itulah gunanya akal untuk bezakan mane yg baik dan tdak..mane yg btol dan salah..
haih, penyakit cinta ni kalau dah merebak, memang haru biru
muhammad: iyeke syuqran jazilan :)
idamanshah: ek bukan eja yg putus cinta la..hehehe anak kembar?heheh eshhh mgg teringin PUN !!!
nothing: sebab suka suka..hhehe
wan: betul tu sebaik2 ciptaan allah adalah manusia krn dikurniakan akal :)
cik chopu: ermm betul tu bah kata pujangga org gemuk blh jd kurus, org sihat blh jd sakit,raja blh jadi budak..hehe
dah xde keje, buang tebiat macam tu r jadi nye.. em..
kay: iye betul tu setuju kata2 awak tu :)
"Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah."
Sy suka ayat nih..
Sbg ksimpulan, kita kmbalikan cinta kita kpd yg Maha Mencintai.. :)
hafriz: iyeke suka..hehe mekasih..eja main buh je ayat tu ikut kata hati je..heeheh syuqran komen :)
chenta...chenta...chenta...ermm tanpa rasa tanpa diduga bisa membawa bencana
die: that right ;)
saLam..sY new bLOgger..haish..mcm xde owg laen da kt dnia nie nk bnuh2 dri lk kn..ish2..mnx dijauhkn la dr sume 2..AMIN..
miss: iye betul tu biasa laq klu nafsu kuasai akal.. kunjungan balas eja ke blog anda :)
Post a Comment