I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

APA ERTI PERSAHABATAN??

Posted 6:29 AM by EJA in
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menimbulkan pelbagai cabaran dan dugaan, tetapi persahabatan sejati pasti boleh mengatasi cabaran dan dugaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya…Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan,disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar ,diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan  sahabatnya untuk mengelakkan perselisihan, jesturu kerana kasihnya terhadap sahabatnya ia memberanikan diri menegur apa jua kesalahan sahabatnya.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang bersikap egois. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.


Ingatlah bila anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping kamu ?? Siapa yang mengasihi kamu saat kamu merasa tidak dicintai ?? Siapa yang ingin bersama kamu saat kamu tak boleh memberikan apa-apa ??

** terharu baca puisi erti persahabatan ini..eja sangat2 menghargai semua pengorbanan sahabat2 eja..terima kasih kpd semua sahabat ku yang sudi menjadi sahabat setia dan sejati eja ( i love my freinds)..ADAKAH ANDA MENYAYANGI SAHABAT ANDA??macam eja ni...heheheh


12 comment(s) to... “APA ERTI PERSAHABATAN??”

12 comments:

Hazmi Al-Wafi said...

Ya,bersahabat itu cukup indah..



EJA said...

iye betul tu :)



iem said...

sahabat sangat bermakna dalam hidup kita,,,
jgn la sia2kan sahabat yang selama ni byk membantu kita,,,
berkawan niat la kerana Allah insyaAllah persahabatan 2 akan kekal...



EJA said...

iema: iye mgg betul apa yg iema cakapkan tu.. persahabatan yg berlandaskan agama dan krn allah akan kekal hingga ke akhir hayat :)



Bunga said...

sahabat adalah pelengkap hidup..



EJA said...

bunga: ha'ah klu x da sahabat sunyi sepi je hidup bagai bunga x dpt cahaya matahari..(ek bukan maksudkan bunga tau)hehhe



kiz said...

sahabat bukan sekadar masa senang..tapi sahabat adalah orang yang sangat di perlukan ketika susah...tak percaya.. percaya je lah..



EJA said...

kiz: iye betul tu eja percaya dan sokong kata2 kiz tu 100%..sahabat amat bermakna :)



Unknown said...

eja, mcm mana dgn frasa..

"cinta itu buta dan juga boleh membutakan?"

huhuuhh :)



EJA said...

cikgu: iye betul apa yg cikgu kata kan cinta itu buta dan blh membutakan mata kita pabila bercinta sebaiknya fasa yg terbaik ialah berkawanla dgn dia dgn masa yg lama terlebih dahulu sblm ke fasa percintaan kerana knl hati budi msg2 adalah penting dlm perhubungan :)



Unknown said...

ermm...fasa yng sdg aku lalui skang...berkawan...we are just friend...ntah smpai bila...tkot aku jer yng jemu nnti



EJA said...

Die: oh iyeke..selamat berkawan..ernmm x mau la jemu2 tau kawan la elok2 heheheh