I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

PETUA MENDAPATKAN PASANGAN

Posted 11:08 AM by EJA in
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.



                                                 KEPADA LELAKI

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

15. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

16. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

17. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

18. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

                                                    KEPADA WANITA

19. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

20. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

21. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

22. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

23. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

24. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

25. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

26. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.


27 PETUA INI EJA PEROLEHI DARI DATO Dr. HJ FADZILAH KAMSAH SELAMAT MENCUBA
     (klu petua ni menjadi.. anda dah jumpa pasangan anda jgn lupa jemput eja ke majlis perkahwinan tu )


8 comment(s) to... “PETUA MENDAPATKAN PASANGAN”

8 comments:

Fadzli Amir said...

Jodoh, rezeki dan mati dah ditentukan...semuanya...cuma kita je yg kena bijak memilih mana intan mana kaca....



EJA said...

iye betul tu sebaiknya pilih la intan yg masih di dlm bekas baldu kan..hehe kita perlu bijak memilih pasangan kita supaya x menyesal di kemudian hari :)



TENGKU WULAN said...

bile bce enty akk tringt syra penah bce pasal buku "aku telah jatuh cinta".ape yg dikupaskan sgt mnarik.cinta ni x knl sape2 dan ia menyapa diri kita sama ada kita sdr atau x sedar.tp trimalah cinta tu dgn seikhlas hati,insya Allah hbgn tu bahagia.dan jgn lupe pd cinta hakiki kita yg pling penting iaitu Yang Maha Pencipta..wallahu alam..kak ti singgak kat blog syra,de vdeo best syra msukkan..=)



EJA said...

tengku: betul tu.. cinta tu menyerang x knl siapa tp ingat jodoh sudah ditetapkan oleh illahi berdoa lah semoga kita di jodohkan dgn org yg soleh/soleha.. jgn sedih2 lg tau :)



Bunga said...

wahh..satu petua yang baikk..lagipom bunga lum kawin g..haha..



EJA said...

bunga: yeke haa elok la ambik petua ni :)



Mohd Firdaus said...

tq eja, petua yg sgt best..nk share kt blog aku boleh??huhuhu...



EJA said...

@chawie: blh ambik la chawie menda baik apa salah nye kongsi tp dgn syarat buh nama eja ye.. blh promote blog eja kt blog hang..hahaha