I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

KETAHUILAH WANITA, LELAKI TERANGSANG 30 KALI SEHARI..

Posted 5:12 PM by EJA in
Diari lu : Share dengan semua wanita hasil karya Zulhafids Yahaya.

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..



01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.



02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.



03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?



04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.



05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!



06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.



07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.



08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.



Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.



Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.


Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam

8 comment(s) to... “KETAHUILAH WANITA, LELAKI TERANGSANG 30 KALI SEHARI..”

8 comments:

tokeh besar said...

fesyen kan tu..
pakai tudung sebagai fesyen jer...bukan tuntutan agama...bolo punya manusia....



eja said...

tokeh besar: emm tu la apa mau bikin sama ini jenis manusia.. mau tegur pn x mau ikut..haiyaa..heheh pakai tudung bukan mau tutup aurat tp hanya mau tutup urat :)



PalTel said...

kajian sains ke?



NajihahElFaizah said...

a'ah betul. sy dengar kat majalah something mcm tu la. psikologi barat la cakap. dorang wat kajian. memang betul pun saya rasa, sebab nafsu lelaki kan hanya untuk wanita :)

jadi sebagai wanita, memang kita kena jaga diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki ;)



eja said...

paltel: eja kurang pasti ini kajian sains atau tidak eja perolehi info ni di i love islam..tp secara logik akal kita blh tgk jika seorg lelaki memandang wanita ug seksi pasti akan terangsangkan nafsu syahwat nye..



eja said...

najihah: that right itu yg perlu diterapkan dlm diri wanita kini tutup aurat bkn tutup urat..lelaki 1 nafsu 9 akal 1 nafsu itu hanya nafsu seks..disini telah terjawab semua persoalan knp lelaki blh terangsang 30 kali sehari..



HaFiz Shams said...

Assalamualaikum.. HaFiz sokong sangat2 apa yg saudari katakan itu, zina mata yg melihat aurat wanita. nauzubillahiminzalik, so kepada wanita kembalilah kepada ALQURAN dan SUNNAH



eja said...

hafiz: iye betul tu kpd wanita kembali lah ke jln allah..tq hafiz komen eja dah follow blog hafiz :)