I made this widget at MyFlashFetish.com.

~~Daku ada kerna dikau pn ada~~ FOLLOW ME

saat aku jatuh cinta dan dialah cinta pertama ku

Posted 3:13 AM by EJA in
entry ini tercetus bila mana pada hari ini berlangsungnya perkahwinan sahabat saya,kisah perkenalan nya hampir serupa dengan kisah perkenalan saya dan si"dia". perkenalan melalui alam maya..

alam maya?? iya sewaktu habis sahaja alam persekolahan kakak membawa saya ke KL, disana sy mendapat pekerjaan sebagai kerani di syarikat takaful nasional insurans bandar tun razak dan menetap bersama kakak di bandar tasik selatan.sewaktu alam pekerjaan lah sy mengenali apa itu IT, rakan sekerja mengajar cara berinteraksi  menggunakan YM (yahoo msger) dan sahabat yang sy kenali adalah sidia.kenapa sy senang dan apprv dia sebagai teman  di ym kerana kata2nya disaat mula chatting adalah "assalamualaikum salam perkenalan, apa khabar saudari disana, sudah solat kah belum??

hati ku terdetik..indah sungguh kata2 si pemuda ini, walaupun dia bukan sebaya umur dan jarak umur kami berbeza 2thn  tetapi cara pemikiran saya dan sidia hampir sama.sejak itu kami mula rapat melalui alam maya dan hp sahaja.secara jujurnya sejak dibangku sekolah sy mgg tiada kawan lelaki yg rapat dgn sy, dialah satu2nya sahabat lelaki yg rapat dgn saya.sewaktu mengenalinya dia baru shj tamat pengajian di UIA dalam bidang usuludin,sy selesa dgn nya kerana budi pekerti dan sikapnya yg terlalu mengambil berat bab agama dan solat,setiap mlm sebelum tidur dia akan menelefon saya dan akan membacakan surah yg pendek sebelum sy melelapkan mata. setelah berbulan2 berhubung melalui hp, dia ingin bertemu dgn saya, kebetulan dia ada kursus diputrajaya, lalu saya pun bertemu dgn sidia di station lrt bandar tasik selatan ditemani adik kembar saya dan manakala dia ditemani dua org sahabat nya,cinta islamik?? iye ibarat ayat2 cinta itulah kisah pertemuan kami duduk jauh jarak dan makan tunduk sahaja utk bertentangan mata mgg susah kerana kami selalu mengelak dari ia berlaku.perkenalan sebagai abg angkat dan adik angkat mula berubah disaat dia menyuarakan hasrat hatinya, katanya dia suka cara saya dan keperibadian saya,waktu itu hati dan jantung sy berdenyut kencang adakah ini dinamakan "jatuh cinta"

setelah hampir setahun setengah saya berkawan dgn sidia, dan hubungan kami tiada apa2 rintangan dan dugaan.pada suatu hari dia menghubungi saya seperyi kebiasaannya dan saya menyampaikan berita gembira dimana saya mendapat tawaran sambung pengajian di politeknik sultan azlan shah tanjung malim selama 2thn.dia mengucapkan syukur alhamdulillah dan tahniah buat saya.tiba2 suaranya yg gelak tawa itu hilang menyepi,sy tanya knp?dia beritahu sy dia juga baru shj mendpt tawaran belajar ijazah di universtiti al-azhar kaherah mesir dalam bidang bahasa arab selama 4thn.

selamat sahaja sidia bertolak ke bumi anbiya,seminggu lps itu saya pun masuk ke politeknik,dgn tiada kemudahan internet disana saya dan sidia jarang berhubung namun setiap mingggu selepas menghubungi ummi nya dia akan terus hubungi saya.entah knp hati saya rasa dia semakin jauh dan semakin hari kami jarang berhubung lalu saya pun menyuarakan kata hati saya utk putuskan hubungan dgn sidia kerana saya merasakan saya jauh beza dgn nya, dari segi pendidikan dan keperibadian,walaupn agak sukar dia melepaskan sy akhirnya dia akur menerima kata putus dari saya.sehingga sekarang kami tidak berhubung lagi walaupn sidia juga seorg blogger,masuk tahun ini genaplah tempoh perkenalan saya dan sidia selama 6thn.

**ku doakan semoga sidia bertemu seorang insan yang jauh lebih baik budi pekertinya dari saya, semoga sidia dipertemukan jodoh dgn seorang yang solehah dan dikurniakan zuriat yg soleh serta solehah kelak..bagaimana dgn saya?? saya tetap disini bahagia bersama keluarga tercinta..

( saya dan kamu jauh berbeza,enggang sama enggang masakan blh terbang dgn sipipit, saya mencari yang sepadan, org yang biasa2 sahaja sama taraf pendidikan)


8 comment(s) to... “saat aku jatuh cinta dan dialah cinta pertama ku”

8 comments:

Original CikTeddy said...

jdoh stiap org sudah ditentukan..InsyaAllah:)



EJA said...

original cik teddy: iye setiap manusia sudah ada jodohnya masing..hanya waktu cepat atau lambat jodoh itu tiba :)



widiea azira said...

sy x tgk pn..ruginye



EJA said...

widiea: yeke rugi tau..hehe best cite tu :)



Chegu said...

Try a lg, xde enggan2 nye, kalo niat baik, ape nak enggang lg, hee



EJA said...

chegu: x apalah.. saya yakin pasti ada jodoh lain buat saya. mgkn ditakdirkan dia bkn jodoh buat saya..redha..mungkin jodoh sy dgn seorang blogger jgk kot..heheh



NuRKaSiH aTieQaH said...

kak kisah cinta yg best dipermulaannya..sad ending..cewah..hehe..insya Allah akak pasti akan bertemu jodh yg baik2 juga insya Allah..:)



EJA said...

syuqran jazilan atiqah semoga kita bertemu dgn yg soleh hendaknya :)