Semua hamba punya harapan ,semua insan punya impian namun bukan nak menunaikan impian bukan senang melakar harapan... Dalam susah mahupun senang perlukan pengorbanan, pengorbanan yang akan memberikan kemanisan dalam perjuangan. Allah mengasihi ciptaanNYA yang bernama insan mengatur ketentuan yang tak terjangkau dek akal fikiran tak juga mampu manusia membayangkan itulah yang dinamakan warna kehidupan tak selalunya kesejukan,tak selalunya juga kepanasan adakalanya bibir mengukir senyuman dan adakalanya airmata menitis kesedihan..
Cantik sungguh percaturan Tuhan indah sekali perancangan yang ditentukan segalanya tersimpan 1001 rahsia Tuhan.pena hamba berbicara utk merungkai segala persoalan ada yang tertanya2 apa motif blog hamba,apa yang hendak disampaikan pada semua.
Kewujudun Laman MENULISDENGANHATI ini adalah sebagai perkongsian untuk kita bersama.Semoga segala yang terkandung didalamnya bisa dimanfaatkan bersama.Teguran dan nasihat dialu-alukan demi membina dan memperbaiki lagi kelemahan yang ada.Bukan kerana NAMA hamba berkelana,Bukan kerana GELARAN hamba berwacana ,Bukan juga kerana ATMA hamba berbicara tapi kerana AGAMA hamba laksanakan segalanya..
(bantuan dan sokongan dari sahabat handai amat diharapkan agar hamba terus berkarya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.kpd yg mengajukan soalan ini,hamba harap segalanya telah terjawab.)
6 comment(s) to... “pena hamba berbicara merungkai segalanya”
6 comments:
berblog kerana agama.. salah satu kaedah tuk berdakwah =)
Moga dipermudah urusan =)
jangan hentikan tarian pena itu..
yua: erm tu la tp ada je yg salah faham dan tak suka :(
@iz: mekacih..amin semoga allah permudahkan segalanya :)
@iwan: mekacih atas sokongan awak tu ye..insyallah eja akan terus berkarya dlm blog :)
Post a Comment